Friday, 30 September 2011

♥ ♥CEBISAN HATIKU UNTUKMU SAYANG♥ ♥

Hidup terlalu sukar untuk ditafsirkan..Untuk mencari maknanya pun tak mungkin ada jawapan..Teramat sulit memahami walau semakin dalam kuselami..kesetiaan,kejujuran,kasih sayang,cinta ada kala menjadi permainan..Bagai pentas kehidupan yang pelbagai watak tak kira lelaki mahupun perempuan..Pelakonnya bagai memakai topeng2 wajah yang pelbagai warna,rupa serta corak lukisnya...perlu ke kasih sayang,kesetiaan,kejujuran,cinta itu dipermainkan sehingga merobek hati seseorang makhluk yang bernama hamba tuhan yang hidup diatas muka bumi ni???

Mengapa aku???
Mengapa aku???
Mengapa aku antara insan yang menjadi mangsa keadaan.mungkin kerana aku seorang yang terlalu mendambakan kesetiaan dan dahagakan kasih sayang serta cinta seorang insan yang bergelar lelaki,maka aku terlupa bahawa nilai sebuah setia sudah tiada harganya.. aku hanya memperuntukkan 100% pada kesetiaan yang akan melukakan jiwa raga dan hatiku sendiri..

Aku keliru mengapa ungkapan sayang dan cinta menjadi permainan.Senda apakah yang ingin dia  pamerkan sedang aku serius dalam mempertahankan..Mengapa sayang yang diungkapkan tapi dalam masa yang sama hatiku dilukai..Begitu murah kah nilai sebuah kasih dan sayang???..

Demi sayang aku sering mengalah dan memberi peluang dengan harapan hubungan dapat diteruskan namun
kelukaan sering bertandang..berkali2 tanpa jemu..kelemahanku di jadikan kesempatan untuk melukai..Begitu hati seorang lelaki...terlalu mudah terlupa pada kata2 dan janji..Terlalu rapuh sebuah kesetiaan yang ingin dipertahankan..kerap kali kecundang hanya dengan kehadiran insan lain sedangkan yang sedia ada adalah yang terbaik..

Lelaki..,mengapa kau tidak pernah mengerti hati seorang perempuan..Keinginannya dan ketulusanya..Kasih sayangnya dan kemesraannya..Mengapa tidak kau sirami dan bajai ia dengan serumpun kasih sayangmu agar ia makin melebat..Andai ia kering dan layu..kau tidak akan lagi dapat mencium harumnya buat selamanya..Penyesalan tiada gunanya kerana ia telah gugur dan jatuh ke bumi...Yang tinggal cuma sekeping kenangan yang lusuh ditelan masa... ya allah kenapa semua nih terjadi kepada aku yang bergelar seorang perempuan... kenapa hati aku harus dilukai dan terluka?? mama........
; (


No comments:

Post a Comment