Thursday, 23 February 2012

*sandiwaramu,pengunduranku*


Pada sebuah hati terpahat rindu yang sepi… yang menghitung hari-hari yang mendatang tanpa sekeping eraliti yang tidak pasti… namun disudut hati kecilku ini,kupahat sebaris nama (H) agar ianya abadi untuk selama-lamanya agar ianya menjadi sebuah istana yang indah dan ceria untuk kita berdua. Namun segalanya kini bagaikan sebuah mimpi yang ku tidak pasti bila akan berakhir dan tidak akan berpenghujungnya. Kini segalanya bagaikan sebuah mimpi yang songsang tanpa ada igauan yang mengejutkan aku. Sebuah rasa disudut hatiku hanyalah sebuah kerinduan yang aku tidak dapat gambarkan. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaanku. 

Namun hari ini segalanya telah berlalu pergi,berlalu meninggalkan aku sendiri. Yang tinggal hanyalah sebuah memori luka dan apa yang pasti hanyalah!!!  Kasih sayangku hanyalah diibaratkan sebuah permainan yang mengembirakan bagimu.. Kesetiaanku hanyalah gambaran kecurangan bagi mu.. Sebuah tangisan ku hanyalah senyum tawa mu disamping teman-temanmu.. Kedukaanku hanyalah sebuah kebahagiaan bagimu.. Begitulah untuk kesekian kalinya… Untuk esok dan seterusnya biarlah aku berlalu pergi meninggalkan sebuah kenangan yang memeritkan dan menyakitkan hatiku.. Kerana apa yang aku pasti permainan mu takkan pernah berakhir.. Maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan dirimu dan cinta kita walaupun rimbun cinta masih mekar berputik untukmu dan disaat kasih yang baru tumbuh bercambah.. 

Untukku simpulkan kembali adalah sesuatu yang mustahil.. Untuk itu aku merelakan dirimu untuk selama-lamanya.. Seandainya kau telah menemui insan lain yang  sesuai dengan dirimu dan yang bakal kau panggil “sayang”,pastikanlah hatinya tidak akan terguris seperti yang kau lakukan terhadap diriku dahulu.. Seandainya dia adalah pilihan hatimu,aku bahagia kerana kau bahagia bersamanya dan insane itu dapat merasakan kebahagiaan sama sepertiku. Walaupun aku tidak dapat melihat kebahagiaanmu dari dekat… Maafkan aku atas kesilapanku yang lalu.. Ku harap engkau masih menganggap aku sebagai sahabatmu yang selalu menjadi penghiburmu dikala sepi dan penenang jiwamu disaat kekusutan.. Walaupun dirimu bukan lagi bersamaku,aku akan tetap memberikan semangat untukmu meneruskan kariermu sebagai seorang atlet walaupun disaat dan ketika itu engkau tidak lagi mengingatiku. Aku akan tersenyum sekiranya impianmu untuk mewakili Malaysia menjadi kenyataan kelak… GooD LuCk!!! Salam terakhir dariku yang pernah kau panggil “YUNK”..

STANDBY ME : ♥ ♥fateen al-haffis♥ ♥

*paksi cinta kita*


Diatas paksi cinta ini
Kau dan aku……
Memegang erat segenggam janji
Hatiku ini milikmu
Dan cintamu hanya untukku
Membelai rasa erti sebuah kerinduan
Yang sering bertandang
Dikala kesunyian
Kasih…
Diatas paksi cinta ini juga…
Tetapkan arah matlamat kita
Mengejar cita-cita dan cinta
Dan tabahkanlah hatimu
Kerana disitu pasti ada liku…

       STANDBY ME : fateen al-haffis

~ RINDU BERARAK PERGI~


Aduhai kenapalah suratan itu menyinggahi hidupku yang kian berubah secara tiba-tiba?? Daripada kerlipan cahaya indah yang bakal membentuk warna ceria sang pelangi yang mempersona tiba-tiba bertukar mendung awan yang kelabu yang berkelubung suram dan kesepian.. hari yang sepatutnya menjadi titik kebahagian bagi setiap insane berubah menjadi hamparan yang sendu dan lukisan yang pilu dalam catatan hari..

Apakah ini dinamakan ujian Tuhan??? Aku cuba mencari jawapan dari setiap soalan yang berkecamuk dalam mimbar benakku. Mataku berulang kali menatap setiap potret yang terdapat didalam computer ribaku yang merakamkan detik-detik bahagia bersamanya sebelum tragedi pilu yang menyelubungi dan meluluhkan hati dan perasaanku. Detik bahagia yang hanya mampu kukecap selama beberapa minit sahaja tatkala aku harus pasrah menerima takdir hidupku dan ketetapan insan tersayang bukan milikku lagi.
Masih terngiang-ngiang kata-kata dia disaat cinta mula bersemi.. “abang nak bawak yunk p blakang umah wan,nanti kita main laying-layang sama-sama,lepas tuh kita p naik basikal,abang bawak yunk dok kt blakang.. nanti lau da masa abang nak bawak yunk p makan kt kangar,murah”. Aku rindu dia. Aku rindu gelak tawanya sewaktu saat bersama dulu… Namun kini segalanya telah berakhir,hilang dibawa kabus waktu yang berarak jauh. 

Yang meninggalkan sekeping memoir terindah yang bertakhta disudut kalbu. Menangislah aduhai hati. Menangislah semahu-mahumu. Biar seluruh maya mendengar rintih tangis mu wahai hati. Tangisan dek kehilangan orang yang tersayang. Pergi disaat kasih mula bercambah dan ketika rimbun cinta masih mekar berputik,kehilanganmu meninggalkan 1000 parut luka dihatiku
Paling meluluhkan. Biar seribu tahun aku akan mengingati kelendar ini. Kelendar yang tercalar selumbar hitam. Setiap tahun aku akan mengingati 2 tarikh keramat iaitu tarikh lahir ku dan dimana tarikh yang telah memisahkan aku dan dia.. 7.9.2011 menjadi hari yg telah memusnahkan impian aku untuk bersama dengan orang yg paling aku syg dan bermakna dlm hdup aku..
kalau boleh aku tak nak kehilangannya.. namun tiada apa yg mampu aku lakukan selain daripada pasrah dengan ketentuan ilahi...

“mungkin ari ni menjadi titik noktah terakhir buat kita...
sekali lagi abg mohon maaf pd yunk atas skiap abg ni...
maafkn abg..
mungkin ni jlan penyelesaiannya...
maafkan abg...

abg sayang kat yunk...

hnya yunk je dlm hdup abg...
abg x kan lupakan yunk...”

Ini ialah kata-kata terakhir yang aku dengar dari nya sungguh menyakitkan hati kecilku… sampai bila-bila aku akan menyayangimu dan mengingatimu.
Telah kering air mata ku menangisi takdir yang bertamu. Setiap detik yang berlalu bagaikan sembilu tajam yang mengocak hati dan perasaanku. Hidupku yang dahulunya ceria bersamanya,setelah aku kehilangan orang yang amat aku sayang yang sentiasa memotivasikan aku,hidupku terasa kosong,sekosong-kosongnya. Dari subuh hingga ke senja dan dari senja melabuhkan tirai ke malam aku hanya mampu terbaring diatas tilam empukku menghadap syiling putih dan bertemankan dinding yang setia menemaniku dari kecil hingga dewasa dengan jiwa yang terawang-awang. Namun adakalanya aku terasa ingin bebas sebebas-bebas sang burung yang berterbangan diudara dan berkicauan diatas pokok dihalaman rumahku. Dan hidup riang,seriang sang kupu-kupu yang menghisap madu..
Dibawah rimbunan pohon yang menghijau,aku pahatkan kasih sayangku terhadapmu yang mekar ranum mengharum dalam sanubariku hingga keakhir hayatku..

                                         STANDBY ME
                                           ♥ fateen al-haffis